Wednesday, 9 September 2015

Permulaan Hidupku Di IPGKPM

CATATAN PERIBADI


IPG Kampus Perempuan Melayu (IPG KPM) yang kujejaki kini adalah tempatku menimba segala ilmu yang dicurahkan oleh orang-orang yang dipilih oleh allah untuk mendidikku dan rakan- rakan seperjungan untuk menjadi insan pendidik anak bangsa. Sebelum saya sampai ke sini saya telah menerima tawaran untuk menyambung pelajara di UiTM Puncak Alam dan Matrikulasi dalam bidang sain kerana pada asalnya saya merupakan seorang pelajar beraliran sain, akan tetapi akhirnya saya memilih untuk ke sini iaitu IPG KPM kerana telah mendapat dorongan daripada ibu bapa. Atas nasihat ibu saya saya telah membuka hati saya sepenuhnya untuk masuk ke sini dan insya allah akan menjadi seorang pendidik anak-anak berkeperluan khas. Kata ibu jika saya masuk ke sini saya telah dijamin untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian berbanding jika saya memilih untuk sambung belajar ke IPTA yang lain. Pak cik saya juga telah memberitahu saya bahawa dalam setahun pihak uitm akan mengeluarkan seramai 80 000 orang graduan berdiploma, jika difikirkan balik graduan seramai itu mesti akan ada yang menganggur kerana tiada kekosongan pekerjaan. Ibu saya kata bidang pendidikan khas ini sekarang banyak diperlukn pada masa hadapan kerana akan banyak sekolah-sekolah pendidikan khas yamg akan dibuka dan mengajar murid berkeperluan khas ini juga tidak seramai mengajar murid beraliran perdana tetapi jika mahu mengajar anak-anak khas ini perlu banyak bersabar dan tahan cabaran. Bila saya fikir balik nasihat ibu dan pak cik saya serta penat lelah serta masa yang telah ayah gunakan untuk menghantar saya ke tempat temuduga saya merasakan bahawa saya mesti menyahut seruan IPG kerana saya akan menghampakan harapan ibu bapa sya untuk melihat salah seorang daripada anaknya menjadi seorang pendidik.

Jangkaan saya pada asalnya sebelum masuk ke IPG ini ialah saya beranggapan bahawa belajar di IPG lebih mudah berbanding belajar di IPTA yang lain kerana di sini kita akan dibayar elaun dan apa yang lebih menarik ialah di IPG KPM ini ialah salah satunya IPG di Malaysia yang mengambil pelajar yang bejantina perempuan dan beragama islam sahaja. Ini bermakna IPG ini tiada guru pelatih lelaki yang akan memudahkan lagi urusan dan pergerakan di sini. Jika adanya percampuran jantina saya akan berasa kekok untuk bergerak kerana perasan akan ada mata yang memerhati. Jika hanya aa satu jantina sahaja saya bebas untuk bergerak, berlari, ketawa dan belajar. Saya rasa sungguh bersyukur kerana masuk ke IPG ini kerana infrastruktur di sini telah dibina baru seperti saya telah mendapat sebuah bilik, asrama dan tempat kuliah yang baru dan selese. Selain itu juga, pada mulanya saya telah melihat bahawa kakak-kakak senior di sini juga sangat baik dan tidak segarang kakak senior di ipta yang lain.

Sepanjang orentasi ini saya telah mendapat banyak pengetahuan tetang bangunan-bangunan di sini, sejarah penubuhan ipg ini, bangunan lama sebelum bangunan baru dibina, mengenali JPP dan Jawatakuasa yang memengang PISA. Bangunan-bangunan yang diperkenalkan kepada kami ialah asrama Lela Sari dan Cempaka Sari, bangunan pentadbiran iaitu Anjung Hikmah, pusat sumber puteri di Anjung Ilmu, bangunan kuliah ade 3 blok iaitu Anjung Makmur, Anjung Jauhari dan Anjung Budiman, bangunan jabatan pula di Anjung Ehsan, kafe di Anjung Selera selain ada juga Anjung Cendikia, Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, Dewan Sri Kandi, Dewan Tun Fatimah, bangunan kuliah lama, asrama lama dan Pusat Islam Saidah Aisyah.

Selepas saya masuk ke sini, saya bercita-cita untuk menjadi seoang guru pelatih yang berkualiti, kreatif, inovatif dan penyanyang untuk mendidik anak-anak berkeperluan khas. Saya berazam untuk belajar disini dengan bersungguh-sungguh dan mengambil segala ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah sama ada secara formal atau tidak formal. Saya juga akan mendidik diri saya kearah kerohanian untuk memenuhi keperluan bagi seorang khalifah allah dimuka bumi ini. Denagn ini saya juga akan dapat mendidik anak-anak istimewa ini daripada pelbagai aspek sama ada dari segi intelektual, kerohanian dan keperluan hidup saya berazam utuk menjadi guru yang disayangi dan disenangi oleh semua orang sama ada daripada kalangan anak-anak istimewa mahupun anak-anak beraliran perdana serta rakan-rakan seguru. Saya juga mahu menjadi seorang guru yang serba boleh iaitu jika saya diletakkan di kawasan pedalaman saya mamu membina kehidupan disana dan saya boleh melaksanakan apa sahaja tugasan yang diberikan tanpa banyak soal dan alasan. Sekian daripada saya, tamat sudah coretan saya kali ini.
Setelah hampir 3 bulan saya berada disini saya rasa seronok saya rasa penglibatan saya disini boleh dikatakan aktif jugak sebab….. baru masuk sini saya dah join perdana menteri kita makan kat kelebang….. seronok sangat sebab first time dating situ… pastu dapat jmpe orang2 melaka… pastu yang seronok dapat makan free… Sebelum program ni ade jugak program lain yang makan free.. time tu kami makan dekat masjid cina time tu majlis buka puasa… dekat situ lagi seronok makandekat situ kami first time dating tengok masjid cina tu.. ya allah… die punya rekaan memang cantik… selalu tengok dekat tv je.. bile dapat tengok depan mata mula la nak selfi..memang seronok dapat keluar dari IPG, round2 keliling Melaka ….. seronok sangat.. pastu kelas kami terpilih pulak untuk buat koir ambang merdeka… mula2 tu memang macam menyusahkan.. tapi cikgu yang mengajar kami koir tu pandai Tarik minat kami supaya ikhlas untuk berkoir….. memang ti me praktis tu saya dapat banyak input… bila nak buat raptai koir seronok sebab pergi dewan taming sari.. dekat sana kami dapat tengok tempat baru dapat jumpa penari2 yang akan menari ketika ambang merdeka… penari2 tu semuanya lepasan ipt, yang kami ni pulak ramai pastu pakai baju sama.. sampai ade penari kata “ni dari sekolah mana ni?”. heishh …. rasa macam “x Nampak ke muka kitorang ni muka cikgu”…hahahahaha meamang nampak kot muka sekolah lagi sebab baru PP kan…. tapi memang seronok la pegi san.. apat tengok penai2 tu menari….mula2 nak raptai atas pentas memang nervous tapi bila da habis raptai tu cikgu kata “ok” rasa lega sangat ….kami praktis koir ni agak lama laa.. sebab time kami dapat assignment ni koir nip on datang.. so dari situ kami belajar untuk manage masa kami supaya assignment dan latihan koir dapat dilaksanakan dengan jayanya. lepastu pada malam 31 ogos mrupakan malam ambang merdeka yang kami perlu perembahkan koir kami… ini ialah kali pertama saya sambut merdeka luar daipada rumah.. sebab time sebelum masuk sini saya sambut merdeka depan tv je.. memang pengalaman yang saya hargai sangat.. lagi2 masa first time ni ugak saya diwajibkan buat persembahan yang ditonton oleh menteri besar Melaka.. orang bsar tuu.. sapa x bangga..kat sini seronok jugak sebab time sebelum hari yang sebearnya kami ada raptai dekat tempat yang sebenarnya pastu dapat makan free…makan kfc… sedap2 ….masa hari yang sebenarnya pon makan free.. kami makan buffet.. sedap sangat.. time ni makan memang berselera sebab time saya makan lepas persembahan… memang melantak habis laa..(x la melantak mana sebenarnya).. lepas makan kami bersama-sama penari2, orang2 ternama kira detik sebelum menteri besar melaungkan MERDEKA!!! sebanyak 7 kali.. lepastu akmi nyanyi lagu patriotis bersama-sama diiringi dengan bunyi mercun yang sangat kuat.. saya rasa bunyi mercun ni la yang paling kuat saya rasa sebab masa nak nyanyi tu emang x dengar suara lepastu ada hujan belerang.. dah tu masuk mata.. memang pedih laa kann…. saya rasa masa ni memang saya banyak kluar dari IPG sebab lepas ambang merdeka ni kami ade event walk for sen dekat Bandar hilir.. ini ialah kali pertama saya mengikuti program dengan murid khas…. program ini saya rasa sanagt diperluakn untuk menambat hati kami budak2 jabatan PK sebab melalui program ni saya dapat kenal dengan lebih dekat murid2 khas … mereka ini bukan semuanya nampak teruk, sebenarnya sukar untu memastikan apa masalh mereka kerana kebanyakannya Nampak macam murid tiikal semua comel2 dan ada yang handsome2… hahahhaha (melting sudahh). murid2 khas ini sangat baik…. lepas program ni ,  kami ade buat koir untuk alumnian pulak..memang koir kali ni memang koir payung terjun sebab kami berlatih hanya 2 hari.. nasib baik laaa da ada basic koir sebelumni.. jadi suara masih sedap la nak nyanyi….hahahah (gelak bangga) walaupun kami hanya berlatih 2 hari tapiiiiiiiiii….. alumnian kata sedap kami nyanyi….. hahahahhaha(bangga).. kami koir untuk alumnian ni 2 hari . satu di DSK lagi satu dekat hotel Green King …. kami koir sekejap je sampai pukul 10:30 a.m lepas tu da x de apa.. jadi kami kene balik ipg balik la kan.. tapiiiiii…. cikgu yang bawak kami tu dah tempeh bas untuk sehari.. jadi kalau nak cancel bas tu untuk setengah hari pon x boleh sebab dah bayar.. jadi cikgu nak elak daripada duit tu terbuang begitu sahaja.. cikgu suruh kami jalan2 keliling Melaka naik bas tu…. bende rezeki sangat.. sebab dapat jalan2 free..hahahahaha (gelak seronok) , tapi kami kene punctual laa sebab takut kene tiggal dengan abang bas tu…saya rasa saya duduk sini memang banyak keluar IPG kalau jadi aktif. saya seronok sangat.. sekian terima kasih.  


Golongan Kata

Golongan Kata

            Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, stuktur morfem, sintaksis dan semantik.
            Perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang demikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Dengan hal demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa.
            Kata nama, kata kerja dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Oleh itu, perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut kata tugas.
            Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu:
      i.                      Kata nama
     ii.                     Kata kerja
    iii.                    Kata adjektif

   iv.                     Kata tugas Kata Nama


            Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:157) kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama. Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama, manakala perkataan lain yang hadir dalam binaan frasa nama itu hanya sebagai penerangan atau penentu. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan kata nama iaitu kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama.
1.1 Kata Nama Khas

            Menurut Nik Safiah Karim (2008:84) kata nama khas merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
                                

 1.2 Kata Nama Am

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:157) kata nama am ialah semua perkataan bersifat umum yang digunakan bagi merujuk kepada benda, perkataan, proses, kejadian, keadan atau seumpamanya. Menurut Nik Safiah Karim, kata nama am dapat dibahagikankepada kumpulan-kumpulan kecilberdasarkan ciri makna perkataanya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang.

 1.3 Kata Ganti Nama

          Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:158) kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama orang atau benda yang tidak dapat disebut secara khusus. Menurut Nik Safiah Karim (2008:86) kata ganti nama dapat dibahagikan seperti berikut:


 1.3.1 Kata ganti nama tunjuk

Menurut Nik Safiah Karim (2008:87) kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu tempat, perkara atau benda. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama umum, manakala yang menunjuk pada tempat, disebut kata ganti nama tempat.
Kata ganti nama tunjuk umum ialah:
1)    itu ( menunjuk pada yang dekat )
2)    ini ( menunjuk pada yang jauh )
Kata ganti nama tunjuk tempat ialah:
1)    situ ( menunjuk pada arah sangat jauh )
2)    sini ( menunjuk pada arah dekat )
3)    sana ( menunuk pada arah jauh )

1.3.2      Kata ganti nama diri

Menurut Nik Safiah Karim (2008:87) kata ganti nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumplan, iaitu:

a)    Kata ganti nama diri tanya 
Kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya iaitu:
i)              siapa ( merujuk kepada orang )
ii)             apa ( merujuk kepada benda atau perkara )
iii)            mana ( merujuk keada benda dan orang )

b)    Kata ganti nama diri orang
Menurut Nik Safiah Karim (2008:87) kata ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori iaitu:
i)              Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
ii)             Kata ganti nama diri orang kedua   : saudara, kamu, awak, engkau, anda
iii)            Kata ganti nama diri orang ketiga   : ia, dia, beliau, mereka, -nya

 Kata Kerja

            Siti Hajar Abdul Aziz (2011:159) berpendapat bahawa, kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja, manakala unsur yang lain hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan. Menurut Nik Safiah Karim (2008:149) golongan kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:

2.1 Kata Kerja Aktif
Kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau diterangkan. Kata kerja aktif dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i)              Kata kerja aktif tak transitif
ii)             Kata kerja aktif transitif


2.1.1 Kata kerja aktif tak transitif
 Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu:
a)    Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
b)    Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

2.1.1.1 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja jenis ini boleh berdiri tanpa objek atau penyambut, akan tetapi kata kerja ini juga boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang berfungsi memberi maklumat tambahan.

2.1.1.2 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.Ayat dengan kata kerja ini tidak boleh dipasifkan. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama, kata nama.

2.1.2 Kata kerja aktif transitif  
Kata kerja ini mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

2.2 Kata Kerja Pasif
Kata kerja yang terhasil daripada proes transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi pasif. 

Kata Adjektif

      Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Menurut Nik Safiah Karim, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataan-perkataanya iaitu:



1)sifat

2)jarak

3)pancaindera

4)waktu

5)cara

6)ukuran

7)bentuk

8)perasaan

9)warna


 Kata Tugas

      Menurut Nik Safiah Karim (2008:91) golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen. Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, frasa untuk mendokong sesuatu tugas sinteksis tertentu, iaitu sama ada pelbagai penghubung, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas yang lain . Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:162) semua perkataan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif digolongkan sebagai kata tugas. Menurut Nik Safiah Karim (2008:250) kata tugas boleh dibahagikan kepada tempat jenis utama iaitu:
aa)    Kata penyambung ayat
1.    Kata hubung gabungan
2.    Kata hubung pancangan (KHP)
-       KHP relative
-       KHP komplemen
-       KHP keterangan
bb)    Kata praklausa
1.    Kata seru
2.    Kata tanya
3.    Kata pembenar
4.    Kata perintah
5.    Kata pangkal ayat
cc)    Kata prafrasa
1.    kata bantu
2.    kata penguat
3.    kata penegas
4.    kata nafi
5.    kata pemeri
6.    kata arah
7.    kata bilangan
8.    kata sendi nama
9.    adverb
dd)    Kata pascakata
1.    kata penekan
2.    kata pembenda










 

HATIBIRU#syiqin Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting