Monday, 14 September 2015

contoh teks ucapan perasmian gotong-royong berkaitan dengan unsur kesantunan masyarakat Malaysia dan lestari alam sekitar

TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SRI ADENAN HJ. SALEM MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI GOTONG ROYONG SEKOLAH PADA TAHUN 2015

Terima kasih Pengacara Majlis. Yang Dihormati En Razak B Hj Sharipan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Desa, Yang Dipertua PIBG SMK Kampung Desa, En Basir Bin Othman, Guru-GURU Penolongan Kanan SMK Kampung Desa, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SMK Kampung Desa yang dikasihi sekalian. 

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam perpaduan dan salam satu Malaysia
Saya sangat gembira pada pagi ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dengan warga SMK Kampung Desa ini pada Majlis Perasmian Hari Gotong Royong Sekolah.
Terima kasih saya ucapkan atas jemptan daripada ihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya menganjurkan gotong royong walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan lebat dan angin kencang serta kekangan masa kerana masing-masing sedang sibuk dengan persiapan peperiksaan yang bakal menjelang. Insya allah kita bersama-sama mendoakan anak-anak SMK Kampung Desa ini supya berjaya di dunia dan akhirat.

Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada pihak sekolah terutamanya kepada Pengetua, Guru penolong kanan, guru-guru, ibubapa dan PIBG kerana bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan hari gotong-royong ini. Walaupun hari gotong-royong ini berlangsung pada waktu yang singkat akan tetapi ianya dapat meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu juga, kita dapat meningkatkan aspek kesantunan berbahasa kita yang berlaku apabila penutur dan pendengar berusaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. Aktiviti sebegini juga dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan seimbang dari segi keseluruh aspek dan tidak hanya pada kurikulum dan ianya dapat mengeratkan hubungan antara guru, ibubapa dan pelajar.

Hadirin yang dihormati,

Saya berasa sangat terkejut kerana gotong royong ini walaupun dilaksanakan pada waktu yang singkat akan tetapi terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan, antara aktivitinya ialah mencantikkan kebun yang sedia ada di sekolah, mengasingkan bahan kitar semula, membuat taman kecil yang baru, satu murid satu pokok (murid membaiki dan mencantikkan pokok yang sedia ada) dan menanam pokok baru dikawasan sekolah. Semua aktiviti yang dilaksanakan ini adalah untuk melestarikan alam sekitar dengan erti kata lain adalah untuk melestarikan kawasan sekolah.  

Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong royong yang menerapkan unsur Lestari Alam Sekitar dimana diakhir program ini diharapkan ianya dapat memupuk nilai murni alam sekitar dikalangan warga sekolah, dapat meningkatkat tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan, meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar dan akhir sekali dapat mewujudkan suasana sekolah yang konsif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari ini.

Hadirin dan para pelajar yang dihormati,                                                                                                                                                                                  
Seterusnya, satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi fahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Konsep Lestari Alam Sekitar adalah berkaitan dengan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolahbersamakeluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta danbadan bukan kerajaan. Konsep ini juga meitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulumdan pengajian sekolah.

Selain daripada unsur Lestari Alam Sekitar yang kita terapkan di dalam aktiviti hari ini, unsur kesantunan berbahasa juga dapat ditingkatkan kualitinya melalui aktiviti sebegini. Konsep kesasntunan berbahasa diinterprestasikan sebagai perlakuan, tutur akta yang mampu mengurangkan ketidak selesaan dalam berinteraksi antara dua orang yang digelar penutur dan pendengar. Kesantunan berbahasa berlaku apabila penutur dan pendengar berusaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. Oleh sebab itu, kesantunan berbahasa juga dapat mengekalkan pengiktirafan diri seseorang dalam interaksi sosial.

Hadirin sekalian yang dikasihi,

Kesantunan berbahasa ini penting kerana masyarakat Malaysia memandang ketinggian budi pekerti seseorang itu terserlah melalui keindahan bahasa yang dituturkan dengan penuh kesantunan. Seseorang itu akan dikatakan sebagai seorang yang tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan diri. Kesantunan berbahasa ini juga telah dimasukkan ke dalam sistem kurikulum pelajar. Insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani sosialseperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka.

Hadirin sekalian yang dihormati,

Selain itu juga,kesantunan berbahasa ini juga dipengaruhi oleh kepercayaan dan tingkah laku, pandangan terhadap dunia serta tanggapan hubungan kaum. Budaya dan cara hidup mempengaruhi cara berkomunikasi setiap kaum. Budaya yang berbeza menyebabkan tingkah laku berkomunikasi turut tidak sama. Kadangkala perbezaan budaya ini menyebabkan berlakunya salah faham. Melalui progam ini kita dapat meliahat keberkesanan pembelajaran kesantunan ini melalui pelajar bercakap dengan individu yang lebih tua dan berpangkat daripada mereka dan melalui kerjasam murid dengan orang lain.

Akhir kata dari saya, pilihan untuk membuat perubahan dari segi gaya hidup berada di tangan kita. Buatlah pilihan yang bijak. Kita perlu menghargai kepentingan alam sekitar dan kesantunan bahasa yang ada di Negara kita dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Penjagaan alam sekitar adalh tanggungjawab bersama.
Oleh itu, dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan Hari Gotong Royong Sekolah bagi tahun 2014.


Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

0 comments:

Post a Comment

 

HATIBIRU#syiqin Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting