Monday, 14 September 2015

peranan masyarakat dalam membantu kanakkanak berkeperluan khas

Peranan masyarakat dalam membantu murid-murid berkeperluan khas kearah kehidupan berkualiti.

Di dunia ini bukan semua orang sempurna, ada yang mengalami masalah pembelajaran, masalah penglihatan yang teruk, masalah pendengaran, masalah emosi dan sebagainya. Akan tetapi mereka yang mempunyai keupayaan yang terhad ini mesti diberi dorongan untuk mendorong mereka cekal hati bagi meneruskan kehidupan seharian. Secara sedar atau tidak , pelbagai pihak bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing bagi membantu kanak-kanak yang bekeperluan khas ini dan mereka tidak boleh meminggirkan kanak-kanak bekeperluan khas ini. Jika dilihat secara rambang, pihak-pihak yang paling terdekat dengan kanak-kanak bekeperluan khas ini adalah ibu bapa dan guru. Disamping itu juga, pihak-pihak lain turut memainkan peranan agar kanak-kanak bekeperluan khas ini boleh memajukan diri seiring dengan individu tipikal yang lain.

Antara peranan komuniti ialah, peranan guru. Sebagai seorang guru mereka mestilah perihatin tentang anak-anak murid mereka terutamanya sekali yang mempunyai masalah pembelajaran. Guru mestilah mengenalpasti murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan memberi bimbingan kepada mereka supaya mereka tidak terus ketinggalan dek kerana kekurangan yang mereka miliki. Dr. Aminah Bee (2000), telah menggariskan peranan yang mesti dilakukan oleh seorang guru bagi mengenal pasti kanak-kanak masalah pembelajaran. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan keperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. Corak perkembangan murid tipikal dan strategi pengajaran bagi murid-murid berasaskan pengetahuan perkembangan boleh diaplikasikan kepada murid dengan keperluan khas. Guru perlu mendapatkan semua sumber maklumatyang diperoleh, termasuk ibu bapa, doctor, perpustakaan dan persatuan bagi membantu murid berkenaan. Rancangan sekolah mestilah seimbang dan tidak hanya tertumpu pada golongan yang pandai sahaja kerana kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan serta kekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran. Dalam situasi begini kanak-kanak akan mula merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Oleh itu,guru perlu mempertimbangkan bagaimana untuk membantu muridnya menangani situasi yang dihadapinya iaitu dengan merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses pembelajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajari olehnya. Seorang guru juga mempunyai peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak ini meningkatkan kemahiran bersosial dikalangan rakan-rakan.

Seterusnya ialah penglibatan ibu bapa secara aktif dalam persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah perlu erana golongan ibu bapa adalah golongan yang miliki banyak kelebihan berbanding dengan guru kelas dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru kelas bertugas secara formal dan dibatasi oleh factor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas mempunyai peranan tersendiri dalam persekolahan. Para bu bapa mestilah aktif tidak kirea dirumah atau disekolah untuk mengetahui perkembangan anak mereka.pada masa yang sama ibu bapa kanak-kanka seperti ini mudah tersinggun. Ibu bapa mestilah mendorong dan menyokong minat anak-anak istimewa mereka. Ibu bapa juga berperanan sebagai pemberi maklumat kepada anak-anak istiewa supaya ditiru. Kajian Bandura(1971) merumuskan hanya dengan melihat orang lain terutama yang lebih tua ianya dapat mempengaruhi tingkahlakuseseorang. Ibu bapa juga boleh menjadi model tingkahlaku kepada anak-anaknyadan dengan itu, menyediakan mereka dengan peunjuk yang konkrit berkenaan dengan apa  yang patut mereka buat dan apakah peribadi yang patut ditonjolkan.

Selain itu juga, ibu bapa juga mestilahmemainkan peranan yang aktif dalam persatuan Ibu Bapa dan Guruatau PIBG kerana tidak ada sesiapa yang mahu membela nasib anak kita melainka diri kita sendiri. Ibu bapa boleh mencadangkan supaya pihak PIBG dapat menyediakan pusat sumber khas dengan menyediakan buku bacaan bergambar, kad dan alat permainana serta memberi pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak istimewa bagi menambah minat mereka untuk ke sekolah. Taman permainan juga boleh diwujudkan bagi memberi peluang kepada mereka melatih kemahiran motor dan bersosuialisasi. Ibu bapa juga boleh bergabung dengan  ibu bapa yang lain untuk membawa sesuatu yang baru bagi kebaikan anak-anak kita. Seminar dan kursus juga boleh dianjurkan bagi meningkatkan ilmu dan pendidikan untuk anak-anak istimewa. Ibu bapa juga kanak-kanka bermasalah pembelajaran ini juga mestilah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa yang juga mempunyai anak bermasalah pembelajaran kerana mereka ini lebih memahami anda, boleh bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman yang mungkin membantu anak mereka serta pendapat dan perspektif. Hubungan yang erat degan golongan yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran seperti kita ini penting kerana mereka ini lebih memahami diri kita daipada ibu bapa yang tidak mempunyai anak-anak bermasalahan pmbelajaran  dan sukarang-kurangnya kita mmempunyai tempat mengadu.  

Seterusnya, masyaraka juga mestilah menanamkan sifat perihatin dan bertimbang rasa serta memberi sokongan dan bantuan  kepada anak-anak bekeperluan khas. Kita dapat lihat sekarang masyrakat lebih sedar tentang anak-anak bekeperluan khas ini berbanding dahulu. Masyarakat hari ini lebih bersifat penyayang dan mempunyai nilai yang tinggi sehingga rela bertungkus lumus memungut derma semata-mata untuk disumbangkan kepada kanak-kanak ini. Terdapat juga badan-badan NGO yang sering melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan anak-anak bekeperluan khas ini. Oleh iu sebagai ibu bapa kepada anak-anak istimewa ini mestilah memberi sokongan kepada badan ini kerana mereka menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk memberi peluang kepada anak-anak kita bergaul dengan masyarakat. Ibu bapa boleh daftarkan anak mereka dengan badan NGO sebagai ahli mereka. Ibi bapa anak-anak istimewa ini juga boleh memainkan peranan aktif dalam membantu NGO menguruskan aktiviti yangbakal dijalankan mereka juga berpeluang menjalinkan  dan mewujudkan silaturrahaim ahli jawatankuasa badan ini. Ibu bapa mestilah membuktikan kepada masyrakat, bahawa mempunyai anak-anak istimewa ini bukanlah satu kelemahan tetapi ianya menjadi kekuatan yang boleh membina keyakinan dalam diri kita.

Rakan sebaya juga mestilah memainkan peranan dalam membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah pembelajaran supaya menjadi lebih baik. Kanak-kanak yang mempunyai masalah peembelajaran ini mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guru ataupn bersama ibu bapa mungkin mereka lebih mudah memahami dan dapat mengikut pelajaran sekiranya rakan sebaya membantunya. ramai kanak-kanak yang mudah faham dan seronok apabila rakan sebaya membantunya mereka dan mereka pasti lebih bermotivasi dan menujukkan minat. Mungkin mereka tidak ada sifat malu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan sebaya. Tunju ajar rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak. Adalah lebih bagus anak-anak istimewa ini mempunyai sahabat yang aktif supaya mereka boleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku anak-anak istimewa  ini perlu diperhatikan supaya tidak terpesong. Ada kalanya rakan sebaya boelh membawa anak ke jalan yang salah. Lebih-lebih lagi anak-anak istimewa tersebut tidak cergas dan ini menyebabkan dia lebih terpengaruh dan mengikut sahaja tingkahlaku rakan sebayanya tanpa dapat membezakan antara baik dan burung. Mereka perlukan sokongan untuk membentuk idebtiti diri mereka.
Seterusnya ialah peranan kerajaan dan komuniti sekeliling juga mestilah bertindak dalam membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Mereka tidak boleh dipinggirkan sewenang-wenangnya. Dalam pandangan global, pihak kerajaan menjadi tunjang masyarakt dalam menghapuskan jurang perbezaan diantara pelajar dalam aliran perdana dan pelajar bakeperluan khas. Lerajaann telah menggerakkan kementerian pelajaran untuk mewujudkan dan mengimplementasikan pelbagai program-program bagi membantu pelajar-pelajar yang bermasalah bermula dari pra sekolah sehingga ke peringkat menengah atas. Sebagai contoh, kerajaan telah memperuntukkan sebahagian belanjawan bagi mewujudkan beberapa buah PUSAT SEHENTI yang asalnya Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.        

Negara juga telah memainkan peranan sebagai contoh di bawah naungan Duli Yng Maha Mulia pada tahun 1964, Unit Pendidikan Khas telah ditubuhkan. Ianya telah ditukar menjadi sebuah jabatan pada tahun 1995 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit ini berperanan bagi menyediakan program dan latihan dlam pendidikan khas untuk guru-guru sekolah rendah dan para kakitangan mengenai kanak-kanak bekeperluan khas di samping menyediakan khidmat-khidmat pendidikan bagi pelajar bekeperluan khas dalam sisitem pembelajaran inklusif. Sering dengan keperluan semasa Kementerian Pelajaran telah mewujudkan posisi guru (LAT) iaitu Guru Pembantu Pelajaran. Mereka adalah guru-guru terlatih yang mempunyai Sijil Pendidikan Khas dari (UBD dan Kementerian Pelajaran). Atas misi menghapuskan jurang di antara pelajar-pelajar bearus perdana, Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu projek yang dinamakan ‘Projek Rintis ISD’ (Instrumen Senarai Semak Disleksia).

Selain itu juga, kesedaran terhadap kanak-kanak bekeperluan khas telah lama timbul disamping akta-akta yang diwujudkan demi menjaga kesejahteraan pelajar kumpulan berkeperluan khas ini seperti Akta Pendidikan 1961. Disamping itu, melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu kanak-kanak bekeperluan khas ini telah giat diutarakan. Melalui pelbagai pertubuhan laman-laman web dan buku-buku kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai tentang kanak-kanak yang menghadapi simpton-simpton tersebut. Ini juga merupakan salah satu hasil tindakan untuk kesedaran dan kebertanggungjawabakan umumnya untuk golongan pelajar bekeperluan khas dan khususnya secara tidak langsung untuk pelajar bermasalah pembelajaran.


Beberapa pertubuhan dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam menyokong dan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini. Contohnya, di New York sebuah pertubuhan yang dinamakan ‘Resources For Children With Special Needs’. Ia bertnggungjawab menawarka perkhidmatan dari segi sosial, kognitif dan fizikal kepada kanak-kanak bekeperluan khas. Badan pertubuhan ini penting untuk menolong kanak-kanak bekeperluan khas untuk mengenalpasti dan menguasai potensi mereka. Ibu bapa yang mempunyai anak bekeperluan khas juga diberi bantuan dalam membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menguruskan anak-anak yang berkeperluan khas. Ibu bapa dibimbing untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai untuk anak-anak mereka. Pertubuhan ini juga menawarkan aktiviti reaksi selepas sekolah untuk kanak-kanak bekeperluan khas ini. 

1 comments:

Unknown on 8 April 2020 at 07:08 said...

Boleh tak saya nak dapatkan rujukan sitation yang dibuat berdasarkan tentang komuniti tu.. i means nak rujukan die boleh tak ?

Post a Comment

 

HATIBIRU#syiqin Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting