Golongan Kata
Perkataan dalam
sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan
kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, stuktur morfem,
sintaksis dan semantik.
Perkataan
digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana
penggolongan yang demikian didapati lebih selaras dengan status perkataan
sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu
frasa, klausa dan ayat. Dengan hal demikian, perkataan dari sudut binaan
sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap
konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa.
Kata
nama, kata kerja dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana
menjadi inti bagi frasa utama ayat iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa
adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi
perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Oleh
itu, perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh
dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut kata tugas.
Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi
kepada empat iaitu:
i. Kata nama
ii. Kata kerja
iii. Kata adjektif
iv. Kata tugas Kata Nama
Menurut Siti
Hajar Abdul Aziz (2011:157) kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan
frasa nama. Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama, manakala
perkataan lain yang hadir dalam binaan frasa nama itu hanya sebagai penerangan atau penentu. Dalam
bahasa Melayu, terdapat tiga golongan kata nama iaitu kata nama am, kata nama
khas, kata ganti nama.
1.1 Kata Nama Khas
Menurut
Nik Safiah Karim (2008:84) kata nama khas merujuk kepada nama sesuatu benda
yang khusus dan ejaannya berpangkalan huruf besar. Kata nama khas terbahagi
kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.
Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kata nama khas
hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
1.2
Kata Nama Am
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:157)
kata nama am ialah semua perkataan bersifat umum yang digunakan bagi merujuk
kepada benda, perkataan, proses, kejadian, keadan atau seumpamanya. Menurut Nik
Safiah Karim, kata nama am dapat dibahagikankepada kumpulan-kumpulan
kecilberdasarkan ciri makna perkataanya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia
atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak,
berbilang atau tak berbilang.
1.3
Kata Ganti Nama
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2011:158) kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan
nama orang atau benda yang tidak dapat disebut secara khusus. Menurut Nik
Safiah Karim (2008:86) kata ganti nama dapat dibahagikan seperti berikut:
1.3.1 Kata ganti nama tunjuk
Menurut Nik Safiah Karim (2008:87) kata
ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu tempat, perkara atau benda. Kata
ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama umum,
manakala yang menunjuk pada tempat, disebut kata ganti nama tempat.
Kata ganti nama tunjuk umum ialah:
1) itu
( menunjuk pada yang dekat )
2) ini
( menunjuk pada yang jauh )
Kata ganti nama tunjuk tempat ialah:
1) situ
( menunjuk pada arah sangat jauh )
2) sini
( menunjuk pada arah dekat )
3) sana
( menunuk pada arah jauh )
1.3.2 Kata
ganti nama diri
Menurut Nik Safiah Karim (2008:87) kata
ganti nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata
ganti nama diri terbahagi kepada dua kumplan, iaitu:
a) Kata
ganti nama diri tanya
Kata
nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga
bentuk kata ganti nama diri tanya iaitu:
i)
siapa ( merujuk kepada orang )
ii)
apa ( merujuk kepada benda atau perkara )
iii)
mana ( merujuk keada benda dan orang )
b) Kata
ganti nama diri orang
Menurut
Nik Safiah Karim (2008:87) kata ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri
daripada tiga kategori iaitu:
i)
Kata ganti nama diri orang pertama: saya,
aku, beta, patik, kami, kita
ii)
Kata ganti nama diri orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau, anda
iii)
Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, -nya
Kata
Kerja
Siti
Hajar Abdul Aziz (2011:159) berpendapat bahawa, kata kerja ialah perkataan yang
menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja, manakala unsur yang lain hadir
dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu
dan keterangan. Menurut Nik Safiah Karim (2008:149) golongan kata kerja dapat dibahagikan
seperti berikut:
2.1 Kata Kerja Aktif
Kata kerja yang hadir dalam ayat
aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau diterangkan.
Kata kerja aktif dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i)
Kata
kerja aktif tak transitif
ii)
Kata
kerja aktif transitif
2.1.1 Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada
dua golongan, iaitu:
a) Kata
kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
b) Kata
kerja aktif tak transitif berpelengkap
2.1.1.1 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja jenis ini boleh berdiri
tanpa objek atau penyambut, akan tetapi kata kerja ini juga boleh diikuti oleh
unsur keterangan, yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
2.1.1.2 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Kata kerja jenis ini mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.Ayat dengan kata kerja ini
tidak boleh dipasifkan. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil
tidak sempurna. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata
adjektif, frasa sendi nama, kata nama.
2.1.2 Kata kerja aktif transitif
Kata kerja ini mengandungi objek yang
terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
2.2 Kata Kerja Pasif
Kata kerja yang terhasil daripada
proes transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi pasif.
Kata Adjektif
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Menurut Nik Safiah Karim, kata adjektif dapat
dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna
perkataan-perkataanya iaitu:
1)sifat
|
2)jarak
|
3)pancaindera
|
4)waktu
|
5)cara
|
6)ukuran
|
7)bentuk
|
8)perasaan
|
9)warna
|
Kata Tugas
Menurut Nik Safiah Karim (2008:91) golongan kata yang bersifat pelbagai
jenis atau heterogen. Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, frasa untuk
mendokong sesuatu tugas sinteksis tertentu, iaitu sama ada pelbagai penghubung,
pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas yang lain . Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2011:162) semua perkataan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif
digolongkan sebagai kata tugas. Menurut Nik Safiah Karim (2008:250) kata tugas
boleh dibahagikan kepada tempat jenis utama iaitu:
aa) Kata
penyambung ayat
1.
Kata hubung gabungan
2.
Kata hubung pancangan (KHP)
-
KHP relative
-
KHP komplemen
-
KHP keterangan
bb) Kata
praklausa
1.
Kata seru
2.
Kata tanya
3.
Kata pembenar
4.
Kata perintah
5.
Kata pangkal ayat
cc) Kata
prafrasa
1.
kata bantu
2.
kata penguat
3.
kata penegas
4.
kata nafi
5.
kata pemeri
6.
kata arah
7.
kata bilangan
8.
kata sendi nama
9.
adverb
dd) Kata
pascakata
1.
kata penekan
2.
kata pembenda
0 comments:
Post a Comment