Thursday, 10 September 2015

Piramid aktiviti dan prinsip FITT







Piramid Aktiviti

Rancangan program latihan ini juga mematuhi keperluan piramid aktiviti dimana bagi mendapatkan faedah kesihatan yang dikehendaki, menurut Ikmalhisam Daroji dan Hilezan Zainal (2014), jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan aktiviti yang sederhana, sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul untuk 5 hari atau lebih dalam seminggu.
Bukan makanan sahaja yang mempunyai pIramid, aktiviti fizikal juga mempunyai pyramid. Saya telah mematuhi keperluan piramid aktiviti didalam rancangan program latihan. Aktiviti fizikal yang perlu dilakukan pada setiap hari ialah berdasarkan disenaraikan dibawah sekali. Senaman kardiovaskular pula dilakukan hanya 3-5 kali semingu. Membuat regangan dan kekuatan otot 3 kali seminggu dan kurangkan menonton televisyen   dan aktiviti yang tidak memerlukan banyak pergerakan.
Jika anda tidak konsisten untuk melakukan aktiviti konsisten pada setiap hari, cuba tingkatkn aktivit di bahagian pyramid kemudian rancang aktiviti anda dan tetapkan matlamat yang realistik.
Prinsip Latihan FITT

Melalui program ini saya telah mematuhi prinsip-prinsip latihan (FITT) iaitu prinsip asas senaman FITT merangkumi kekerapan senaman, intensiti, jangka masa dan jenis aktiviti. Prinsip FITT iaitu prinsip asas senaman yang harus dipatuhi dalam menjalankan aktiviti senaman.
Dari segi kekerapan bersenam, saya telah melaksanakan program ini selama 4 minggu dan bersenam seminggu 3 hari dan selebinya adalah rehat aktif. Sebagai contoh akiviti yang saya selalu laksanakan ialah berjalan laju.
Seterusnya dari segi bebanan pula saya telah berlari tanpa henti sepanjang 2.4km dalam masa bawah 20 minit sewaktu hari saya melakukan aktiviti. Hasinya kadar nadi maksimum saya mencapai 60%-80%.
Seterusnya ialah masa senaman yang saya lakukan biasanya lebih dari 20 minit tidak termasuk waktu memanaskan badan. Sebagai contoh, selepas saya berlari 2.4 km saya akan teruskan dengan membuat jangkauan melunjur, tekan tubi dan bangkit tubi.

Akhir sekali, bagi setiap komponen kecergasan saya telah melakukan aktiviti senaman yang berbeza sebagai contoh, untuk meningkatkan kadar bacaan jangkauan melunjur saya telah mencecahkan kepala saya hingga kepeha dalam keadaan melunjur dan mencecahkan tapak tangan saya sewatu berdiri dengan kaki yang lurus dengan melenturkan pinggang. Untuk komponen berlari 2.4k pula setiap hari saya akan berjalan pantas bertujuan untuk melatih melangkah dengan pantas dan cepat. Bagi komposisi badan pula saya telah menrangkan pemakanan saya. 


2 comments:

Afyqah Yazid on 25 June 2017 at 09:37 said...

2.4 bawah 12 minit

Cikgu PJ IPGKSAH on 11 February 2021 at 20:55 said...

Terima kasih cg!!!!

Post a Comment

 

HATIBIRU#syiqin Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting