Tugasan 2: Penulisan Esei (Pencemaran Alam)
Ramai orang kini sedar tentang
kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar
telah mencapai krisis dan boleh dianggap bencana. Sebagai contohnya kebocoran
loji nuklear di Chemoby, Ukraine (dulunya dalam kesatuan soviet) telah
merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan menjadi ancaman kepada
penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang
aspek kemerosotan alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan
meyuarakan tentang keadaan alam sekitar yang kian merosot. Antara perkara yang
diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandar-bandarbesar,
kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran bunyi,
air dan udara serta tanah. Selain itu, penebangan hutan secara tidak terkawal
dan kepupusan pelbagai sepsis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa
pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun
pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan
kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan
berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini
sahaja yang akan mengalami masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin
merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dana kekangan dalam
menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk mengalami isu-isu
alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan
masyarakat sendiri melalui cara perundangan namun hasilnya tetap tidak
memuaskan. Kedaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dan
masalah dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan
yang dijalankan ini dapat mengenl pasti kekangan dan masalah tersebut dan
seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu
tersebut.
Jika dilihat dengan teliti punca-punca
masalah alam sekitar kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap
hasil keluaran industri. Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi
membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini. Tekanan terhadap alam
sekitar terbahagi kepada dua bentuk, yang pertama ialah tekanan daripada
permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah. Tekanan
yang kedua ialah sisa industry yang mencemarkan udara dan persekitaran. Ini
menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti rumah hijau,
penipisan lapisan ozon dan ujan asid.
Definisi
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka (DBP)
mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan
(mengotorkan), pengotoran alam ialah perbuatan mencemarkan kebersihan alam
sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran ialah kemasukan bahan pencemar
seperti hingar, kimia, haba cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang
menyebabkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia,
mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu amenity dan kegunaan halal
alam sekitar.
Jenis-Jenis
Pencemaran
Terdapat pelbagai cara pencemaran
boleh berlaku, akan tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran
yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan
sendirinya setelah berlakunya pencemaran alam seperti letusan gunung berapi,
dilanda rebut taufan, gempa bumi dan sebagainya. pencemaran yang kedua ialah
yang disebabkan oleh faktor manusia iaitu pencemaran yang dilakukan oleh
manusia samada sengaja atau tidak disengajakan. Antaranya ialah pencemaran
udara contohnya terdapat gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil
dari asap kenderaan yang mengakibatkan jerebu. Seterusnya ialah pencemaran air
yang berlaku disebabkan oleh pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia dan
sisa-sisa pepejal ke laut atau sungai yang menjadi sumber air dan pengangkutan
air kepada manusia. Pencemaran air akan mendatangkan pelbagai masalah kepada
manusia antaranya ialah memberi ancaman kepada hidupan, kekurangan sumber air
bersih untuk kegiatan harian dan mencacatkan pemandangan. Akhir sekali,
pencemaran tanah yang menyebabkan pemusnahan hutan akibat pembalakan,
pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal.
Kesan-Kesan
Pencemaran
Terdapat pelbagai kesan pencemaran
alam sekitar antaranya ialah mengancam kesihatan manusia. Di Malaysia
penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding
tahun 1950an dan 1990an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan
kenderaan bermotor ialah menimbulkan banyak masalah pencemaran udara sebagai
contoh jerebu, pencemaran bunyi kerosakan alam dan hidupan semula jadi. Jerebu
boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti pembakaraan terbuka dan asap
kemderaan sebagai contoh jerebu yang bermula pada Jun 2013 yang melanda beberapa
Negara di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Brunei. Pada 19 Jun 2013, satelit-satelit Terra and Aqua milik NASA telah
mengambil gambar-gambar asap dari kebakaran hutan haram di pulau Sumatera,
Indonesia yang bertiup kearah timur ke kawasan selatan Malaysia dan Singapura,
menyebabkan jerebu tebal di kawasan tersebut. Pengeluaran gas monoksida iaitu
sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan
tertutup. Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan
bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh
menyebabkan kerosakan otak terutamanya dikalangan kanak-kanak. Selain darimitu
seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk
kedalam air menyebabkan symptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan
dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan da
nada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah
membabitkan berates-ratus keluarga nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit
Minamata.
Selain itu, pencemaran alam sekitar
ini juga mengancam tumbuh-tumbuhan. Ianya berlaku kesan daripada pencemaran
yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi ksan kepada
kehidupan yang lain. Antaranya kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma
laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila
tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia
membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpahan
minyak juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.antara kesan
yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku
yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber
air tersebut. Sebagai contoh lain kesan daripada keracunan raksa, kejadian yang
aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun yang mana burung-burung yang sedang
terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa. Kucing berjalan terhuyung-hayang
dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati. Kapal
Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975,
menjejaskan berates-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia.
Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minya
masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang
terkenal sebagai akuakultur.
Seterusnya ialah kerosakan harta benda
ianya disebabkan oleh pencemaran semulajadi seperti letusan gunung berapi yang
berlaku di Indonesia telah menyebabkan kerosakan harta benda. Kejadian letusan
gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan
kepada kerosakan harta benda. Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan
oleh gunng tersebut. Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan
kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan terlibat. Selain itu
juga tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2004, banjir yang berlaku dikelantan
dan gemba bumi yang berlaku di sabah dan Sarawak baru-baru ini telah menyebabkan
ribuan bangunan hancur, ribuan pula mayat hilang, ribuan manusia hilang tempat
berteduh da nada yang kehilangan nyawa.
Faktor-Faktor dan Langkah-Langkah
Bersepadu untuk Menyelesaikan Isu Alam Sekitar
Arus pembangunan kea rah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah Negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi.
Pembangunan pesat sector ekonomi dan perindustrian serta kesatbilan politik dan
sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan
imej Negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan
pembangunan tersebut timbulnya beberapa masah sampingan yang boleh memudaratkan
kesihatan masyarakat. Pencemaran yang melibatkan beberapa Negara seperti
pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu
memerlukan penglibatan yang aktif dari Negara-negara yang terbabit untuk
mendapatkan penyelesaian bersama.
Malaysia dikelilingi oleh laut dimana
terdapat pelbagai aktivii seperti carigali minyak dan pengangkutan air. Justeru
itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar.
Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 105 pelantar minyak telah menjalankan
usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut China Selatan dan
Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling sibuk di
dunia. Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang melalui
Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki . Kini
laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar kekayaan
tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar. Pencemaran di Asia Tenggara
adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Kepelbagaian faktor ini menyebabkan
kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu
vaksin yang mujarab untuk memulihkannnya. Lebih 90% daripada punca pencemaran
laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari faktor
perkapalan. Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di
rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ketiga-tiga negara
ini saling terlibat dalam kerjasama yang berujuan untuk mencapai kepentingan
bersama. Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk
mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara.
Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak menghalang
negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya.
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari
1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan
yang positif terhadap kejadian tersebut. Di dalam tahun tersebut kapal tangki
minyak Jepun yang dikenali sebagai Terry Canyon yang telah pdidaftarkan di
Liberia telah terlibat dalam perlanggaran. Akibatnya berlaku pertumpahan minyak
yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya. Jumlah kos yang
diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar. Buat masa ini Malaysia dan
Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai
isu-isu Selat Melaka. Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigen
Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar.
Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan
bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia. Selain dari
Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan
beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini. Kesemua badan-badan yang
ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau
dikenali sebagai Port of Singapore (PSA). Syarikat-syarikat minyak juga
prihatin dengan isu ini. Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area
Response Capability (TARC). Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan
dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Schell.
Organisasi ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas
dan tidakk terhad dikawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi
meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia.
Apabila berlakunya pertumpahan minyak,
langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada
merebak ke kawasan lain. Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan
angina dan pengaliran arus air yang deras. Terdapat empat cara yang digunakan
untuk mengawal tumpahan minyak iaitu mengepung dan mengumpul tumpahan,
menggunakan dispersant dan bahan
kimia, pembersihan pantai dan dibiarkan sahaja. Selain daripada itu, terdapat
pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam mengawal tumpahan minyak daripada
merebak. Antaranya ialah lokasi tumpahan, kuantiti tumpahan, jenis tumpahan,
keadaan laut dan keupayaan tindakbalas bahan tertumpah. Seterusnya terdapat
juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antaranya ialah untuk
mengadakan satu sistem tindak balas serta merta yang diselaraskan bagi
menghadapi tumpahan inyak. Yang kedua, untuk meningkatkan kemampuan dan
sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi
menghadapi kejadian tumpahan minyak. Yang ketiga ialah untuk mengelakkan kesan
buruk keatas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.
Bagi pencemaran udara pula, memang
tidak dapat dinafikan bahawa pengangkuta moden telah banyak membawa perubahan
dan kebaikan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang
baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang dan adanya pelabuhan yang
bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era
kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boelh dikatakan 90%-90%
kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan
jalanraya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa.
Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa
membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa
bersamanya kebaikan dan keburukan. Kesan negetif yang disebabkan oleh sistem
pengangkutan merupakan pencemaran terbesar yang menyebabkan pencemaran udara.
Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang
berpunca daripada penggunaan kendraan merosakkan kesihatan manusia sejagat. Ahli
sain telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64%
gas Nitrogen Oksida (unsur utama untuk menyebabkan hujan asid), 42%
Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74%
Benzena (merupakan bahan beracun), serta toluene, xilena dan Etilena yang tidak
diketahui jumlah.
Sekiranya dikaji jenis sistem
pengangkutan maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor sepertikereta, lori,
motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal
laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem
pengangkutan darat, kecuali keretapi menggunakan sebanyak tiga kali ganda
keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi
kereta dan 8.7 kali ganda lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda
pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan
statistic yang sama akan didapati dan mungkin juga lebih tinggi daripada hasil
kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan
bermotor terutamanya kereta di Malaysia pada akhir-akhir ini.
Langkah-langkah penyelesaian bagi
pencemaran udara pula ialah sudah lama diberi perhatianserius oleh negara-negara
maju. Di Amerika, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk
mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida
Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan
penukar bermangkin dalam pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua
hala boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran. Penukar bermangkin
tiga hala pula boleh mengoksidakan oksida-oksida Nitrogen tertentu tanpa
mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan
bermotor. Kesan plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita
menggunakan minyak tanpa plumbum. tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu
untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak minyak berplumbum demi
menjaga kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota. Seterusnya mencari
alternatif lain adalah penting bagi tujuan mengrangkan kesan pencemaran alam
sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli dan Propana.
Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi
kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbumdan boleh mengurangkan
sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokrbon. Kecekapan enjin juga
meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai
bahan pembakar.
Dewasa ini kajian telah bagi
menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedanag giat
dijalankan. Di Malaysia, ahli sain telah pun menemuai sejenis minyak daripada
kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan
kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan
samada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan kepada satu titik
permulaan bagi meningkatkan usaha kita kearah mencapai konsep pembangunan
berterusan yang prihatin terhadap persekitaran. Di negara-negara barat
penggunaan kenderaan dengan menggunakan kuasa elektrik juga sedang giat
dijalankan. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara.
Tenaga elektrik adalah mahal dan kesannay terhadap alam sekitar mungkin
bergantung kepada cara menghasilkan tenaga tersebut. Selain itu pengurangan
penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar
diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas
Floroklorokarbon dan menyebabkan penggunaan minyak hingga 12% terutamanya
sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan
dengan menggunakan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu.
Menggunakan kadbod penghalang cahaya dicemin hadapan dan belakang ketika
meletakkan kenderaan bermoto di tengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan
didalam kenderaan bermotor. Dengan ini penggunaan alat penyaman udara dapat
dikurangkan sewaktu memandu seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.
Seterusnya berkongsi kenderaan jika
pergi ketempat yang sama, berjalan kaki sekiranya hanya mahu pergi ktempat ang
dekat dan menyiapkan tugasan dalam satu perjalanan juga dapat menggurangkan
penggunaan minyak dan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran udara.justeru
itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi
hubungan manusia denga alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihain dan
bertanggungjawab terhadap persekitarannya. Penggunaan kenderaan haruslah
mengunakan kenderaan merekadengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan
alam sekitar di samping mengurangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan
sistem pengangkutan.
Akhirsekali ialah pencemaan darat.
Manusia menggunakan dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi
seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah dan sumber-sumber laut dan bahan
api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan
dan perkhidmatan.proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem
ekonomi serta perkembangan dan pertubuhannya. Sikap memandang sesuatu dari
perspektif kuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa
memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi. Hutan memang mempunyai
nilai komersial dalam ekonomi negara kerana membekalkan kayu balak dan kertas
yang merupakan satu sumber penting bai pendapatan matawang asing. Di kawasan
tropika, rotan dianggarkan menyumbang nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta
setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampu
untuk tujuan pembalakan, pertanian dan ternakan telah mengakibatkan pencemaran
alam yang dasyat. Umpamanya banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India,
Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air
sungai bersih untuk kegunaan domestic. Hasil tanaman padi, tebu juga terjejas.
Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira
RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir. Kadar pemendakan
yang tinggi akibat pemusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan
jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina. Beberapa peristiwa
yang boleh dianggap sebagai peristiwa hitam, seperti perispeltiwa Pos Dipang di
Kampar,Perak tanah runtuh di Genting Highland dan beberapa lagi peristiwa yang
telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia
dalam menjaga alam sekitar, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui
cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam
sekitar.
Langkah-langkah penyelesaian untuk
menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota
pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan
hutan berkekalan. Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula
pokok sebagai langkah pemeliharaan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa
hadapan. Tabung penanaman semula hutan diwujudkan kea rah memastikan semua
pihak mematuhi peraturan undang-undang. Di bawah garis panduan yang disediakan
oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek
kearah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika dikalangan Negara
anggota. Ini termasuklah menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara
sistematik dari tahun ke setahun, membentuk plan pembangunan tanah di peringkat
kebnagsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan,
mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan
kayu getah, bulu, rotan dan produk hutan yang lain dan menghadkan eksport kayu
balak mentah tanpa diproses.
Di samping kerajaan persekutuan
Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri
ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing. Dalam konteks ini, sebrang
peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya
harus dilaksanakan serentak di semua negeri. Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan
dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan
pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka. Semua ini
banyak membantu kearah ketidak cekapan dan permasalahan dalam menguruskan
sumber hutan dan pembalakan di negara ini.
0 comments:
Post a Comment