Sunday, 27 September 2015

Isu Global: Pencemaran Alam


Tugasan 2: Penulisan Esei (Pencemaran Alam)
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap bencana. Sebagai contohnya kebocoran loji nuklear di Chemoby, Ukraine (dulunya dalam kesatuan soviet) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan meyuarakan tentang keadaan alam sekitar yang kian merosot. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandar-bandarbesar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran bunyi, air dan udara serta tanah. Selain itu, penebangan hutan secara tidak terkawal dan kepupusan pelbagai sepsis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dana kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk mengalami isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Kedaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dan masalah dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenl pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
Jika dilihat dengan teliti punca-punca masalah alam sekitar kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri. Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini. Tekanan terhadap alam sekitar terbahagi kepada dua bentuk, yang pertama ialah tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah. Tekanan yang kedua ialah sisa industry yang mencemarkan udara dan persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan ujan asid.                                                
Definisi

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam ialah perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran ialah kemasukan bahan pencemar seperti hingar, kimia, haba cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang menyebabkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu amenity dan kegunaan halal alam sekitar.

Jenis-Jenis Pencemaran

Terdapat pelbagai cara pencemaran boleh berlaku, akan tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya pencemaran alam seperti letusan gunung berapi, dilanda rebut taufan, gempa bumi dan sebagainya. pencemaran yang kedua ialah yang disebabkan oleh faktor manusia iaitu pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan. Antaranya ialah pencemaran udara contohnya terdapat gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan yang mengakibatkan jerebu. Seterusnya ialah pencemaran air yang berlaku disebabkan oleh pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal ke laut atau sungai yang menjadi sumber air dan pengangkutan air kepada manusia. Pencemaran air akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia antaranya ialah memberi ancaman kepada hidupan, kekurangan sumber air bersih untuk kegiatan harian dan mencacatkan pemandangan. Akhir sekali, pencemaran tanah yang menyebabkan pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal.


Kesan-Kesan Pencemaran

Terdapat pelbagai kesan pencemaran alam sekitar antaranya ialah mengancam kesihatan manusia. Di Malaysia penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1990an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor ialah menimbulkan banyak masalah pencemaran udara sebagai contoh jerebu, pencemaran bunyi kerosakan alam dan hidupan semula jadi. Jerebu boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti pembakaraan terbuka dan asap kemderaan sebagai contoh jerebu yang bermula pada Jun 2013 yang melanda beberapa Negara di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pada 19 Jun 2013, satelit-satelit Terra and Aqua milik NASA telah mengambil gambar-gambar asap dari kebakaran hutan haram di pulau Sumatera, Indonesia yang bertiup kearah timur ke kawasan selatan Malaysia dan Singapura, menyebabkan jerebu tebal di kawasan tersebut. Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dikalangan kanak-kanak. Selain darimitu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk kedalam air menyebabkan symptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan da nada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan berates-ratus keluarga nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit Minamata.
Selain itu, pencemaran alam sekitar ini juga mengancam tumbuh-tumbuhan. Ianya berlaku kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi ksan kepada kehidupan yang lain. Antaranya kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpahan minyak juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut. Sebagai contoh lain kesan daripada keracunan raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa. Kucing berjalan terhuyung-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati. Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan berates-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia. Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minya masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur.
Seterusnya ialah kerosakan harta benda ianya disebabkan oleh pencemaran semulajadi seperti letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia telah menyebabkan kerosakan harta benda. Kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan kepada kerosakan harta benda. Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunng tersebut. Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan terlibat. Selain itu juga tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2004, banjir yang berlaku dikelantan dan gemba bumi yang berlaku di sabah dan Sarawak baru-baru ini telah menyebabkan ribuan bangunan hancur, ribuan pula mayat hilang, ribuan manusia hilang tempat berteduh da nada yang kehilangan nyawa.














Faktor-Faktor dan Langkah-Langkah Bersepadu untuk Menyelesaikan Isu Alam Sekitar

Arus pembangunan kea rah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi. Pembangunan pesat sector ekonomi dan perindustrian serta kesatbilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej Negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masah sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan masyarakat. Pencemaran yang melibatkan beberapa Negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari Negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama.
Malaysia dikelilingi oleh laut dimana terdapat pelbagai aktivii seperti carigali minyak dan pengangkutan air. Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar. Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 105 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling sibuk di dunia. Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki . Kini laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar kekayaan tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar. Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarab untuk memulihkannnya. Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari faktor perkapalan. Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang berujuan untuk mencapai kepentingan bersama. Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara. Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya.

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut. Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Terry Canyon yang telah pdidaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran. Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya. Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar. Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka. Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigen Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar. Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia. Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini. Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA). Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini. Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC). Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Schell. Organisasi ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidakk terhad dikawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia.
Apabila berlakunya pertumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain. Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angina dan pengaliran arus air yang deras. Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu mengepung dan mengumpul tumpahan, menggunakan dispersant dan bahan kimia, pembersihan pantai dan dibiarkan sahaja. Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak. Antaranya ialah lokasi tumpahan, kuantiti tumpahan, jenis tumpahan, keadaan laut dan keupayaan tindakbalas bahan tertumpah. Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antaranya ialah untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan inyak. Yang kedua, untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak. Yang ketiga ialah untuk mengelakkan kesan buruk keatas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.
Bagi pencemaran udara pula, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkuta moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boelh dikatakan 90%-90% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalanraya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan. Kesan negetif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan pencemaran terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kendraan merosakkan kesihatan manusia sejagat. Ahli sain telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama untuk menyebabkan hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta toluene, xilena dan Etilena yang tidak diketahui jumlah.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor sepertikereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali keretapi menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistic yang sama akan didapati dan mungkin juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor terutamanya kereta di Malaysia pada akhir-akhir ini.
Langkah-langkah penyelesaian bagi pencemaran udara pula ialah sudah lama diberi perhatianserius oleh negara-negara maju. Di Amerika, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin dalam pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran. Penukar bermangkin tiga hala pula boleh mengoksidakan oksida-oksida Nitrogen tertentu tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Kesan plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum. tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak minyak berplumbum demi menjaga kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota. Seterusnya mencari alternatif lain adalah penting bagi tujuan mengrangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbumdan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokrbon. Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.
Dewasa ini kajian telah bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedanag giat dijalankan. Di Malaysia, ahli sain telah pun menemuai sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan samada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan kepada satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita kearah mencapai konsep pembangunan berterusan yang prihatin terhadap persekitaran. Di negara-negara barat penggunaan kenderaan dengan menggunakan kuasa elektrik juga sedang giat dijalankan. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Tenaga elektrik adalah mahal dan kesannay terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara menghasilkan tenaga tersebut. Selain itu pengurangan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Floroklorokarbon dan menyebabkan penggunaan minyak hingga 12% terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan menggunakan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya dicemin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermoto di tengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan didalam kenderaan bermotor. Dengan ini penggunaan alat penyaman udara dapat dikurangkan sewaktu memandu seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.




Seterusnya berkongsi kenderaan jika pergi ketempat yang sama, berjalan kaki sekiranya hanya mahu pergi ktempat ang dekat dan menyiapkan tugasan dalam satu perjalanan juga dapat menggurangkan penggunaan minyak dan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran udara.justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia denga alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihain dan bertanggungjawab terhadap persekitarannya. Penggunaan kenderaan haruslah mengunakan kenderaan merekadengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.
Akhirsekali ialah pencemaan darat. Manusia menggunakan dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah dan sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan.proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertubuhannya. Sikap memandang sesuatu dari perspektif kuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi. Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara kerana membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bai pendapatan matawang asing. Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbang nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampu untuk tujuan pembalakan, pertanian dan ternakan telah mengakibatkan pencemaran alam yang dasyat. Umpamanya banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai bersih untuk kegunaan domestic. Hasil tanaman padi, tebu juga terjejas. Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir. Kadar pemendakan yang tinggi akibat pemusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina. Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai peristiwa hitam, seperti perispeltiwa Pos Dipang di Kampar,Perak tanah runtuh di Genting Highland dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam sekitar, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar.


Langkah-langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan. Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharaan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan. Tabung penanaman semula hutan diwujudkan kea rah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang. Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek kearah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika dikalangan Negara anggota. Ini termasuklah menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun, membentuk plan pembangunan tanah di peringkat kebnagsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan, mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, bulu, rotan dan produk hutan yang lain dan menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses.

Di samping kerajaan persekutuan Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing. Dalam konteks ini, sebrang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri. Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka. Semua ini banyak membantu kearah ketidak cekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini.  

0 comments:

Post a Comment

 

HATIBIRU#syiqin Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting